Rasailah Kegembiraan. Kadar Inklusif Sepenuhnya

Jimat sehingga 35% Kadar Bayar Sekarang

Pakej Aktiviti Pulau Langkawi

ISLAND HOPPING (Sharing Boat)

SKU 00000
RM50.00
In stock
1
Product Details

Island Hopping ialah aktiviti di mana anda akan dibawa menaiki bot laju melawat ke pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi. Masa bot bertolak untuk sessi pagi ialah pada jam 9:00 pagi manakala pada sebelah petang ialah jam 2:00 petang.

Aktiviti ini mengambil masa 4 jam di mana anda akan merasai pengalaman menaiki bot laju diperairan Langkawi, lawatan ke Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, lawatan ke perairan Pulau Singa Besar dan lawatan ke Pulau Beras Basah.

Harga tidak termasuk pas masuk ke Tasik Dayang Bunting kerana tidak semua orang akan mahu mendaki tangga untuk ke tasik. Anda dan kumpulan akan ditinggalkan di Pulau Dayang Bunting selama lebih kurang sejam sebelum bot akan mengambil anda semula. Sila kenal pasti bot dan pemandu bot anda supaya tidak tersilap bot.

Seterusnya anda akan dibawa ke perairan Pulau Singa Besar untuk melihat aktiviti memberi makan burung helang. Sila bersiap sedia dengan kamera anda apabila tiba di lokasi ini untuk mendapatkan shot yang menarik.

Aktiviti terakhir untuk pakej ini anda akan dibawa ke Pulau Beras Basah untuk melihat pantai yang putih bersih dan anda boleh melakukan aktiviti mandi-manda di pantai, berenang dan menyelam dengan peralatan sendiri.

Bot akan mengambil anda selepas tamat aktiviti untuk pulang ke jeti.

Save this product for later